Friday, May 9, 2008

ASAL USUL



SEJARAH SEKOLAH



Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ismail (SMKDI) yang dahulunya dikenali dengan nama Sekolah Menengah Rendah Semerak (SMRS) mula dibuka pada tahun 1965. Hanya menumpang bangunan Sekolah Kebangsaan Cherang Ruku pada masa itu. Mula dihuni oleh 67 orang murid dan 3 orang guru sahaja. Pada tahun 1967 SMRS mempunyai bangunan sendiri di tapak barunya Kampung Gong Kedak dan dapat menampung pelajar menengah rendah sahaja. Mulai 1976 barulah tingkatan 4 dibuka dan peperiksaan pertama SPM telah dilaksanakan pada tahun 1977. SMRS mula ditukar namanya kepada Sekolah Menengah Dato’ Ismail (SMKDI) pada tahun 1992. Nama sekolah ini dipilih sempena nama Mufti Negeri Kelantan ke-9 yang berasal dari daerah itu. En. Ahmad bin Bahaman merupakan pengetua pertama sekolah ini (1965) diikuti oleh Tn.Hj. Din bin Mohamad (1967), Tn.Hj. Adnan bin Hassan (1969),Tn.Hj.Muhammad bin Yaacob (1972), Tn.Hj. Che Hassan bin Senik (1980), Tn.Hj. Abd.Manaf bin Mohd Nor (1982), Tn.Hj. Zulkifli bin Yusof (1987), Tn.HJ.Mahmud bin Jaafar ((1992), Tn.Hj. Mohamad bin Hj. Omar (1998), Tn.Hj. Mohamad bin Deris (1998), Tn.Hj. Wan Mahmud bin Wan Yusof (1999), Tn.Hj. Jaya mara bin Che Nik (2003) dan Tn.Hj. Mansor bin Abdullah (2007). Mendapat Anugerah Kualiti Kooperasi Sekolah-Sekolah Kelantan (2001), Anugerah Juara Pengurusan Disiplin Sekolah-Sekolah Kelantan pada tahun 2004, Anugerah Sekolah Harapan Negara (2002-2004) dan Anugerah Kualiti Menteri Pelajaran Kategori Sekolah Luar Bandar (2005).

1 comment:

Unknown said...

TEKNIK RAHSIA MATEMATIK

Rahsia bagaimana anak-anak anda atau sesiapa sahaja menguasai ilmu Matematik. Pendedahan 30 Teknik Rahsia Matematik yang mampu dipelajari oleh sesiapa sahaja. Teknik-teknik dijelaskan dalam bentuk grafik dan mudah difahami.

SIla klik link di bawah ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut:

http://bit.ly/tek_rh_math_2014

Terima Kasih daripada:
Team Teknik Rahsia Matematik 2014

http://bit.ly/tek_rh_math_2014

AKTIVITI-AKTIVITI SMKDI

SIDANG PARLIMEN MALAYSIA